Translate

Isnin, 4 Mac 2013

KELKATU MALAM BAGAIKAN PARI-PARI

   Genap sudah umur anakku yang ketiga iaitu tiga tahun. Alliyana nama ku beri , badan berisi bak belon berisi angin. Kakaknya kini berumur enam tahun manakala abangnya berumur lima tahun.
Anak sulung dan anak kedua sudah pun keambang persekolahan .Allisya bersekolah di tadika pasti sama dengan adiknya yang lelaki. Di dalam bab pelajaran ini aku amat ambil berat sekali. Aku tidak mahu anak-anakku menjadi seperti aku.....yang hanya butakan pelajaran dan tidak mempunyai hala tuju. Anakku Allisya tu masa umur empat tahun sudah pun pandai membaca dengan lancar manakala Putera pandai membaca ketika berumur lima tahun. Tetapi....untuk pandai membaca amatlah susah.   Berbagai kesabaran perlu ditempuh. Aku kalau  mengajar mengalahkan cikgu sekolah....cikgu sekolah pun tidak  garang macam aku. Untuk mengenal A , B , C  pun aku sanggup memerahkan pipi , bahu , peha dan mana tempatyang sempat ku capai......Kasihan anakku,,,,, Apalah sangat mereka baru  4 , 5  dia tidak tahu apa-apa pun ...yang dia tahu  alam bermain dan alam keseronokkan. Kalau zaman sekarang ni budak-budak  sentiasa berkeliaran  bermain di merata tempat atau dirumah orang  begitu juga dengan sebutan-sebutan yang kurang sopan  seperti babi, bodoh  dan bermacam-macam lagi yang sentiasa meniti dibibir .Mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka katakan . Bagi anak-anakku pula  mereka bermain sesama sendiri , kalau mulut terucap perkataan tidak senonoh maka tangan naik ke pipi le...... tidak pun cili  burung masuk mulut. Tetapi aku kalau cepat marah tidak ingat dunia.... kejamkah aku ini sebagai ibu kandung .Walau bagaimana pun bila aku marah cepat pula aku pujuk ...kekadang aku selalu bermain pondok-pondok dengan mereka. Bila masa kanak-kanak kalau marah ,mereka diam ,tidak melawan langsung.Malah ikut saja apa  yang disuruh . Kalau mereka melakukan kesalahan  aku sentiasa  pukul , marah, dan hukum mereka iaitu dengan cara mengurung mereka di luar rumah. Kekadang aku hukum mereka tidak bagi makan .....tetapi kalau ada ibuku .....pasti dia bela anak-anakku . Aku bukan apa  cuma hendak mengajar  anak supaya hidup ini  tidak boleh dimanja-manja. Manja yang berlebihan boleh merosakkan akhlak mereka. Dengan usaha aku di dalam mendidik  anak  kini  anakku Allisya  selalu dapat nombor satu di dalam peperiksaan  sama juga dengan adiknya. Aku berasa seronok sekali    kalau dulu aku kalau periksa selalu dapat nombor satu kebelakang . Aku amat bangga sekali dengan percapaian mereka.."terima kasih anakku" Siang berganti malam, malam berganti siang ,buah rambutan yang merah  menyala  bak saga itu  aku idamkan. Kalau sebut pasal teringin atau mengidam em...! em.....! apa lagi  buncit perutlah . Kini sekali lagi  aku mengandung...nak buat macam mana  sudah rezeki aku...... Seperti biasa juga aku tidak mengalami masalah pun. Hubungan aku dengan keluarga juga ok, begitu juga dengan suamiku. Setiap kali mengandung perasaaku  terhadap suamiku makin bertambah  malah cinta aku kepada dia semakin mekar di hatiku. Suami yang  aku kenal dahulu sama yang ku kenal sekarang, penyayang, penyabar, bertanggungjawab ,ambil berat dan bertolak ansur. Anak-anak aku begitu seronok  maklumlah hendak dapat adik kecil ....Kadang-kadang bila aku tidur terlentang perut ku bergerak kesana - sini... aku pun menyuruh anakku pegang dan rasa gerakan bayi di dalam  perutku yang semakin hari semakin sarat.Mereka hairan  dan terus bertanya saolan yang pelik-pelik. Aku terus menjawab....."dulu  kamu semua macam tu juga..." mereka pun buat muka hairan  dan dikepala mereka  penuh dengan tanda tanya . Mungkin sekarang mereka tak akan faham. Pada pagi subuh hari Jumaat bersamaan 26. 5. 2000  perutku mula rasa sakit....sakit yang amat sakit macam hendak terputus urat saraf.  Di dalam hati aku rasa sudah tiba masanya aku hendak melahirkan anak kerana mengikut tarikh aku bersalin inilah tarikhnya.....Pada subuh itu juga tiada tanda yang aneh. Aku pun terus menhubungi keluarga aku iaitu ibuku untuk datang menemani anak anakku. Setengah jam kemudian ibuku sampai dengan abangku yang nombor tiga. Abangku ini semuanya baik-baik belaka ,adalah yang satu, dua...biasalah kalau setandan kelapa tidak semuanya ok pasti sebiji dua yang busuk. Suamiku dan ibuku terus membawa keklinik desa yang berdekatan. Ibu mertua aku tidak sertai sekali kerana ibu mertuaku jenis orang yang takut.....kalau aku sakit...dia pula yang rasa  lebih sakit daripada aku.Mungkin dahulu ibu mertuaku ini jenis yang susah hendak bersalin. Dia hanya menunggu berita dari jauh sahaja...Bukan sahaja aku yang dia takut malah anak perempuanya sendiri hendak bersalin dia takut.
Sesampainya aku diklinik aku lihat banyak kelkatu berterbangan malah ada yang jatuh kelantai. Seorang jururawat lagi dipanggil untuk membantu  jururawat yang sedia ada diklinik itu. Sementara  menunggu jururawat  sampai aku disuruh baring di atas katil dan dia terus memanaskan alat-alat bersalin sambil menyapu kelkatu yang jatuh di atas katil bersalin dan di dinding berhampiran denganku. kelkatu makin banyak dan aku makin sakit.Dari kerutan dahi aku, suami aku faham betapa sakitnya aku pada ketika itu, lalu aku disabarkanya. Ibuku yang berada di luar turut membantu jururawat membersihkan kelkatu yang merayap di atas lantai.Aku sudah tidak tahan dan tidak dapat menunggu lebih lama lagi lantas aku naik ke atas katil yang masih ada kelkatu dan terus memanggil jururawat yang masih sebuk  menguruskan kelkatu ketika itu. Dua orang jururawat datang menghampiriku lalu menyuruh aku angkat lutut dan meneran. Dengan lafaz bismillah dengan lafaz Allah-huakbar....! aku meneran tiga kali  maka lahirlah seorang anak perempuan yang beratnya 2.96 kilo. Dalam sekelip mata itu juga  kelkatu yang berterbangan tadi sudah tiada begitu juga yang merayap di atas lantai. Semua orang di situ hairan...mana perginya kelkatu tadi...Sementara aku  menunngu jururawat-jururawat membersihkan anakku ..aku terfikir...adakah kelkatu ini sama-sama menyambut kelahiran anak kecilku ini . Aku merasakan kelkatu ini bagaikan pari-pari meraikan kehadiran  anakku yang lahir pada hari Jumaat. Suami dan ibuku di luar menyambut berita kalahiran  yang selamat dengan gembira dan sama-sama mengucapkan syukur kepada Allah.
Daripada raut wajahnya saling tak tumpah  macam abangnya...kulitnya cerah, hidung pun boleh tahan tingginya...bibirnya monggel, manis bila di pandang maka dengan itu Anis amyra nama di beri. Ku jaga dengan sempurna dibantu  oleh anak-anakku ..tiada meragam cuma meragam biasa sahaja. Dahulu kalau anak lelaki mengidap demam panas hingga menjadi sawan tarik kali ini Anis Amyra yang baru tiga bulan pun demam panas, aku letakkan kain tuala yang lembab atas kepalanya namun panasnya tidak juga turun. Entah macamana dengan tiba-tiba dia terus terdiam kaku dengan mata terpejam rapat tampa tangisan, tampa suara apa apa pun. Mujurlah pada ketika itu suami aku ada di rumah. Suami aku jugalah jadi penyelamatnya dengan menggendong anakku kebilik air lalu disiramnya beberapa kali di kepala anakku. Serta merta juga kedengaran suara anakku yang kecil ini menangis dan perlahan -lahan dia membuka mata. Hati yang cemas tadi kembali pulih..aku biasalah kalau ada apa-apa mesti air mata menjadi peneman, tidak pada suamiku  dia mesti bertindak cepat. Walaupun anakku sudah sedar ,kami tetap membawanya ke klinik. Sayang sungguh kami pada anak-anak. Kini baru aku tahu bagaimana ibuku menyayangi aku .
Selepas kejadian itu  anakku tidak lagi diserang sawan tarik sehinggalah kini. Alhamdullilah...aku bersyukur kerana aku dapat memberi kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.Aku tidak bekerja maka dengan itu masa banyak terluang bersama anak-anak.Bumi berputar terlalu cepat begitu juga dengan anak-anakku membesar makin membesar. Anis Amyra sudah pun genap dua tahun. Setiap hari lahir anak-anakku, kami sambut dengan meriah.....begitu juga dengan kejayaan mereka kami sambut dengan kenduri kesyukuran. Adik adalah nama gelaran manja bagi Anis Amyra. Aku rasakan cukuplah ada anak empat orang, tiga perempuan seorang lelaki.