Translate

Ahad, 31 Januari 2016

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

            Di dalam meniti keseronokkan mempunyai kereta baru, aku masih tidak abaikan pelajaran anak-anak terutamanya Putera.
Setakat ini pelajaran Bahasa Inggerisnya meningkat. Aku sering bertemu dengan cikgu Bahasa Inggerisnya untuk bertanyakan apa kelemahan dan bagaimana cara hendak aku pertingkatkan  lagi Bahasa Inggerisnya. Cikgu BI ialah cikgu Almani, dia sedia membantu apa jua masalah anak aku itu. Aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga .Begitu juga dengan cikgu -cikgu mata pelajaran lain. Tanpa pertolongan mereka semua ,anak-anak murid tak akan berjaya.
Pada waktu dan ketika umur ini, anak aku tidak pernah membantah. Apa jua jadual yang aku beri Putera akan turuti. Cuma kekadang buku yang dibeli, banyak yang tidak dijawab. Namun begitu aku tidak kisah , sebab aku tahu sejauh mana kemampuan Putera. Mungkin otak lelaki lain sedikit dengan otak perempuan. Di dalam kesibukan masa kini , tibalah masa dan waktu  kami sekeluarga meraikan hari konvokesyen suamiku di PWTC Kuala Lumpur. Kami sekeluarga pergi dengan kereta baru , yang dipandu oleh adik ipar aku Rosham. Dia tidak membawa keluarganya sebab keluarga aku pun sudah ramai. Terima kasih ipar aku. Segala pertolonganmu akan kami kenang sehingga akhir hayat.
Kami bertolak waktu malam, dan kami bermalam di rumah adik ipar aku nombor 2 , iaitu Rosdi.  Rumahnya di Rawang.
Pada keesokkan pagi, selepas sembahyang Subuh . kami bertolak ke Kuala Lumpur. Majlis itu diraikan pada jam 9 pagi . Apabila sampainya kami di sana , aku lihat  ramai sudah tiba . Ada yang membeli jambangan bunga dan bermacam-macam hadiah mereka  beli . Semuanya untuk anak-anak mereka, adik-adik mereka, isteri, suami mereka termasuk juga suamiku.
Dengan rasa kasih sayang yang tulus ikhlas aku juga membeli jambangan bunga ros merah untuk suamiku yang tersayang.
" Selamat  berjaya dan tahniah di atas kejayaan yang selama ini menjadi impian suamiku " bisik hatiku. Pakaian ijazah telah diberi, aku pakaikan  pada suamiku.
Aku lihat sungguh kacak dan bergayanya suamiku . Berbaju lengan pajang , berkot hitam, berbaju jubah konvokesyen  dan bertopi ijazah . Wah..! hensemnya kekasihku ini.
Kini tercapailah sudah impiannya. Satu hari nanti anak-anak aku akan pakai pakaian ini. Moga-moga Allah mempekenankan  doaku. Di dalam dewan PWTC itu hanya dibenarkan 2 orang sahaja yang boleh masuk . Anak -anak aku yang lain  tinggal di luar bersama bapa saudara mereka . Walau bagaimana pun mereka dapat melihat abahnya melalui skrin besar yang terpampar  di luar dewan.
Aku masuk dengan Allisya . Di situ aku lihat dan aku kagum , baru aku tahu selama ini apa yang pelajar cari akan berakhir di sini. Di sinilah mereka akan dianugerahkan . Aku lihat suamiku dengan megahnya dan bangganya naik ke pentas mengambil segulung ijazah kelas ke dua atas.  Suatu hari nanti aku mahu melihat anak-anak aku pula akan naik ke pentas dengan ijazah kelas pertama. Apa-apa pun mereka mesti lebih daripada abahnya.
Suasana pada hari itu sungguh gembira sekali. . Majlis itu juga berjalan dengan lancar. Setiap sudut , setiap  ruang kami bergambar bersama-sama. Baju konvo suamiku dicuba oleh setiap anak-anak. Bukan apa, sahaja hendak ambil berkat. Sebelum kami pulang , kami melawat Batu Cave dan pergi makan. Semuanya ditanggong oleh adik ipar aku,. .....terima kasih Pak Alang..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan