Translate

Selasa, 9 April 2013

KEMBAR

Allisya kini sudah bersekolah tahun tiga.Umurnya sembilan tahun, di sekolahnya dialah budak yang pintar selalu dapat nombor satu.Segala pertandingan bercerita bahasa melayu, story telling, choral speaking dan mewarna  selalu di peringkat negeri. Tetapi kalau bab sukan hancur.......tidak minat langsung. Kalau sukan pun sukan rumah di sekolahnya sahaja. Hendak kata ikut macam aku.......aku ini lagi hancur semuanya tidak minat cuma sewaktu aku sekolah rendah dan menengah aku mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring. Hebat juga aku ini.......tapi itu aja.
Bagi anakku yang nombor dua pula iaitu Putera dia bersekolah tahun dua, tapi malas sikit. Malas-malas dia pun periksa awal atau akhir tahun dapat nombor  empat atau lima. Semua mata pelajaran  dia A  itulah  hebatnya anakku ini. Di dalam sukan pula dialah nombor satu tapi dalam  kurikulum akedemik dia hanya masuk sajak, bercerita pendek, mewarna sahaja....Bola sepak dan takraw kegemarannya. Aku tidak pernah menghalang apa yang mereka minat, malah aku turut melatih mereka di rumah.....semangatnya ....! aku ini ...!Kenapa masa aku kecil dulu tidak seperti mereka..dan kenapa semangat itu baru sekarang meresap dalam jiwaku....
Alliyana pula seorang budak yang petah bercakap, badannya montel sikit, kini dia berusia enam tahun. Aku hantar dia ke tadika Islam . Kalau dahulu kakak dan abangnya aku hantar Sekolah Tadika Pasti. Sebenarnya kami baru beli rumah  di Taman  Ixora Baru Lenggong . Kami berpindah ke situ pada tahun 2003. Maka dengan itu kami sudah menjadi orang Pekan Lenggong. Berbalik kepada cerita Alliyana  ini , dia seorang yang lemah lembut sikit tingkah lakunya tapi otaknya cerdas. Di dalam kelasnya dia dapat nombor  satu dan menyertai pertandingan sajak dalam bahasa Inggeris serta bernasyik. Mereka semua pergi ke sekolah dengan menaiki Van yang disewa. Mereka pergi ke sekolah hanya  dibekalkan RM 1.Dua orang anakku aku hantar ke sekolah S.K Lenggong.
Ingin aku imbas kembali  pada pertengahan 2002 dimana kami sedang beseronok-seronok dengan telatah  Anis Amyra yang ketika itu berusia dua tahun, kami di kejutkan berita daripada suamiku yang mengatakan dia mahu sambung belajar jarak jauh (PJJ) dengan serta merta  itu juga aku pening kepala.....aku sangkakan aku kena darah tinggi tetapi aku mengandung lagi .
Ya Allah  besar sungguh kebesaranMu ,masih  lagi memberiku zuriat.Suamiku menjadi serba salah samada hendak meneruskan pengajian ini atau sebaliknya ,bukan apa mungkin dia bimbang akan keselamatanku .Aku pula berat hati hendak  membenarkan dia pergi .Bukan kerana diriku ....tetapi aku fikir  adakah orang yang sudah berkeluarga dan  umur awal 40an  perlu lagi melanjutkan pelajaran. Bolehkah dia mengikuti pelajaranya yang sudah lama ditinggalnya. Kosnya bukan calang-calang  harganya. Khususnya juga  boleh tahan iaitu Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Di Open Universiti tempatnya selama tiga tahun. Tetapi semangat suamiku kuat mengalahkan pelajar yang muda-muda. Bila aku ingat kembali semasa bertunang dahulu dia pernah berkata ,dia dahulu ada tiga impian yang sangat bermakna dalam hidupnya.........
Pertama.....ingin melihat ibunya tersenyum bangga dan melihat adik-adiknya berjaya.
Kedua........ingin mencari seorang isteri yang setiasa menyanyanginya dan menyintai sepenuh  hati malah  ingin menjadikan dirinya seorang suami mithali.
Ketiga........Biarlah dia pendam  di dalam hati dan menjadi satu rahsia yang tidak tahu  bilakah waktu dan masanya akan  tiba.
Kini aku rasa inilah impianya yang ketiga itu.....semangat sungguh suamiku ini...mungkin inilah peluang dia belajar, kalau dahulu dia tiada masa untuk terus menyambung pelajarannya selepas  membuat diploma kerana sibuk menanggong adik-adiknya belajar. Kalau hendak harapkan ibubapanya manalah cukup....ibunya hanya menjual kuih-muih dan bapanya menoreh getah. Sedangkan pada ketika itu semua adik-adiknya belajar dan masing-masing memerlukan wang yang banyak. Maka dengan itu dia mengambil keputusan untuk memendamkan sahaja impiannya  yang ketiga itu. Sungguh besar perngorbanannya.Kini setelah adik-adiknya berjaya ,giliranya pula meraih kejayaan sampai keperingkat U. Aku seringkali bertanyakan kepada suamiku....."bolehkah lagi hendak membaca buku-buku yang susah  setelah kita mempunyai anak-anak kecil dan tidakkah mereka akan menganggu nanti. "Dia memberi jawapan dengan tenang dan yakin..."bila kita hendakkan sesuatu kita perlu yakin akan kebolehan kita dan akan mencari jalan kearah itu walaupun ia amat sukar sekali pun.....bila adanya ijazah ini, kita boleh buktikan kepada anak-anak  kita bahawa abahnya boleh capai ijazah walaupun umur separuh muda. Anak kita pula mesti membuktikan  kepada kita  bahawa mereka akan dapat lebih bagus dari abahnya. Abang buat ini juga untuk masa depan kita... nanti bila tua nanti dapatlah wang pencen banyak sikit." itulah kata-katanya yang penuh bermakna. Kini baru aku faham....
Suamiku tersayang mula belajar ketika kandunganku tiga bulan, itupun setiap hujung minggu. Kandunganku ini  pada mulanya sihat walafiat tetapi bila masuk sahaja empat bulan keatas aku  merasakan ada kelainan pada kandunganku .Kalau dahulu kandunganku  biasa sahaja tapi kini kandunganku  membulat lain macam sahaja, ini pun baru empat bulan lebih. Seperti biasa aku pergi membuat pemeriksaan  di klinik. Aku pun menceritakan akan  kelainan yang ada padaku. Doktor pun terus scan kandunganku.. aku lihat ada perubahan pada wajah doktor.. Aku terus bertanya."ada apa-apa masalah dengan kandunganku ini?" "mungkin kandungan cik puan  kembar ,tetapi saya tidak pasti lagi.. kerana ia masih kecil untuk saya lihat. Cik puan boleh pergi rujuk Doktor Pakar di Taiping " kata doktor dengan tenang.. " tapi hendak kata kembar..... yang satu lagi nampak kecil sangat" sambungnya lagi.
Doktor pun terus mengisi borang pemeriksaan ke Taiping. Setelah semuanya selesai aku terus berlalu dari situ tetapi hatiku penuh dengan tanda tanya, bimbang pun ada, kalau kembar alhamdullilah tapi bagaimana sebaliknya....... ya Allah selamatkanlah kandunganku ini.
Berita ini aku suarakan kepada suamiku. Aku ditenangkan dan disabarkanya tetapi hati ini tetap fikir yang bukan-bukan.Malam itu di atas tikar sejadah aku memohon pada Allah dan aku terus berdoa dan berdoa agar dilindungi aku dari penyakit yang merbahaya. Amin....!
Pada keesokkan harinya aku bersama suamiku ke Taiping (hospital). Anak-anak aku yang lain aku tinggalkan pada ibuku. Ibuku pada masa itu masih sihat dan kuat lagi ,tidak sakit apa-apa lagi cuma kencing manis. Hendak  dihantar ke rumah ibu mertuaku dia tidak berapa sihat. Dia pun mengidap kencing manis, darah tinggi, dan masalah buah pinggang.
Sesampainya di sana aku diperiksa dan dia menyatakan kandunganku ini bukan kembar tetapi aku dijangkiti sejenis ketumbuhan yang dinamakan fibroid. Fibroid ini masih kecil lagi tetapi ia akan membesar mengikut usia kandunganku.Ia juga berada ditepi rahimku . Buat masa ini ia tidak membahayakan kandungan. apabila aku dan suamiku mendengar penjelasan daripada doktor,aku rasa inilah dugaan yang susah aku hendak terima,tetapi apa-apa pun semuanya itu ujian dari Allah untuk umatnya yang selama ini sudah hidup bergembira.Maka Allah cuba menguji aku dengan cara begini.Aku pasrah aku tidak salahkan siapa-siapa tetapi hati ini sedih sekali memikirkan kandungan yang kubawa dan nyawaku.Aku rasa suami mahupun kedua belah keluargaku banyak menasihatkan dan memberi semangat padaku untuk aku meneruskan perjalanan hidup.Terima kasih semua.....!Bulan berganti bulan perut makin membesar .Setiap bulan aku ke Hospital Taiping untuk membuat pemeriksaan bayi di dalam kandungan.Yang lebih kasihan lagi suamiku .....dahlah dia belajar dan hendak menduduki peperiksaan semesta ,sibuk dengan diriku lagi .Kadang-kadang sambil menunggu aku sempat juga dia mebaca buku.Apabila aku melihatnya timbul rasa kasihan di hati, dahlah jaga aku kehulu kehilir,anak-anak lagi dan ibu mertuaku yang sering sakit dan demam.Hendak harapkan siapa lagi....yang lain itu tinggal di tempat yang jauh dan masih belajar lagi.Suamiku ini juga cukup hebat dan tajam otaknya.Di dalam semua peperiksaannya dia dapat "A"B"C" dalam setiap mata pelajarannya.Pernah dua kali dia dianugerahkan "Anugerah Dekan" dan pointernya selalu tiga keatas. Apabila melihat kehebatan suamiku untuk mencapai cita-citanya timbul semangat di dalam diriku. Kenapa tidak aku memperjuangkan hidupku untuk keluargaku dan bayi di dalam kandunganku. Apabila perutku sarat 9 bulan aku disyorkan bersalin di Hospital Taiping. Selepas anak aku tiga bulan ,aku disyorkan melakukan pembedahan membuang fibroid yang berukuran 5cm . Pada subuh yang hening perutku mula terasa sakit .Aku juga sudah tahu ini sakit hendak bersalin..Mengikut tarikhnya bayi ini akan lahir pada hari lusanya....Seperti biasa sakitnya sama macam anakku yang lain, Ibu ku dipanggil untuk menemani anak-anakku di rumah.Aku tidak risau sangat pasal anak-anakku .Mereka sudah pun besar dan pandai menjaga diri. Anak yang sulung sudah pandai memasak nasi, goreng mengoreng ,masak kicap ikan, ayam ,daging dan peibagai jenis kari serta tumis sayur-sayuran. Pada mulanya suami menghantar aku ke Klinik Lenggong, Apabila aku diperiksa dan melihat pada rekod bersalin, aku terpaksa dihantar ke Hospital Taiping. Maklumlah rekod aku ini berisiko tinggi. Mereka takut kalau bersalin secara normal nanti aku akan mengalami tumpah darah yang banyak. Aku dibawa dengan kereta ambulan. Sementara itu suamiku mengikuti aku dari belakang.
Di dalam perjalanan , aku rasa bayi didalam perutku mula hendak keluar. Lantas aku memberitahu jururawat yang mengiringi ku bahawa aku sudah tidak tahan, lalu dia menyuruh aku bersabar dan bertahan, mana mungkin bayi sudah hendak keluar ditahan-tahankan. aku ini jenis senang bersalin. Jururawat sekali lagi memeriksaku...apa lagi dia pun menyuruh pemandu ambulan terus belok ke Hospital Kuala Kangsar. Pada masa itu aku berada di kawasan Lubuk Merbau. Apa lagi suamiku yang ikut dari belakang pun menjadi cemas . Ya Allah! selamatkanlah isteriku dan anakku, sesungguhnya aku masih memerlukannya" Itulah ucapan suamiku sepanjang perjalananya. Belum pun sempat kereta ambulan itu berhenti di wad bersalin seorang bayi lelakibdi lahirkan iaitu pada subuh Isnin bersamaan 24/03/2003. Bayi kalau di lahir akan menangis tapi kali ini bayiku tidak menangis. Jururawat dalam ambulan menjadi panik dan dia terus memanggil jururawat Kuala Kangsar untuk memberi pertolongan. Jururawat-jururawat datang memotong tali pusat dan terus membawa bayiku ke bilik rawatan. Ya Allah! aku tidak tahu apa-apa hanya pada Mu aku berdoa.
Aku dibawa masuk  ke bilik bersalin untuk dicuci dan mengeluarkan uri yang masih terlekat. Suamiku menunggu diluar dalam perasaan yang aku sendiri tidak pasti.Beberapa jam kemudian aku kembali pulih dan beransur segar. Berapa minit kemudian juga bayi yang kulahir dibawa ke bilik rawatan tadi adalah menjadi tanda tanya bagaimana keadaannya......,lelakikah atau perempuan.Tapi yang pastinya lelaki,kerana aku tahu semasa membuat pemeriksaan dahulu dia adalah lelaki.Jururawat memberitahu aku bahawa anakku selamat dan kemmungkinan bayi aku akan kalau dia dibiarkan lama.Mujurlah dia tertelan air ketuban sedikit sahaja.
Mendengar penjelasan itu aku menarik nafas lega.Suami aku diberitahu oleh jururawat tentang keadaanku dan anakku. Suamiku pun menarik nafas lega dan mengucapkan syukur kepada Allah.Berita gembira terus suamiku sampaikan kepada keluargaku mahupun keluarga ibu mertuaku.Semuanya mengucapkan syukur. Setelah dua hari aku dirawat di hospital dan kini aku dibenarkan pulang.Aku berpantang di rumah aku sendiri. Abang,kakak-kakaknya amat menyayangi adik kecilnya.Badannya agak montel dan gelap sedikit,kulitnya macam aku juga.....tidaklah gelap sangat.Dialah yang paling berat berbanding dengan yang lain.Beratnya 3.5 kg.Rambutnya hitam pekat,mukanya bulat,hidungnya kecil,dan mulutnya munggil serta alis matanya panjang dan lentik.Putera Airel nama diberi.Dalam masa bayiku berumur 3 bulan,anakku disuruh membuat rawatan kerana dikhuatiri kepalanya agak membesar akibat terlebih minum air ketuban.Tetapi setelah dibuat rawatan rapi,alhamdulillah tiada apa yang membimbangkan semuanya okey.Apa yang merungsingkan hatiku adalah penyakitku fibroid.Apabila anakku cukup 5 bulan,aku harus membuat pembedahan membuang fibroid.Dalam mengurus anak kecil,aku tidak ada masalah kerana anak-anakku yang lain turut membantu.Mereka amatlah suka budak kecil lebih-lebih lagi bila mereka pakaikan sarung tangan dan kaki pada adik kecil mereka.Masa yang kutunggu sudah tiba......aku pun sudah bersedia apa kemungkinan yang akan berlaku...aku redha.Di dalam hatiku ada perasaan yang tersirat bahawa aku tidak mahu mati lagi.,banyak dosa yang ada padaku , banyak impian belum dicapai. "Ya Allah! Kasihanilah anakku yang masih lagi mermelukan kasih sayang seorang ibu" rintih hatiku. Aku terus dibawa ke bilik scan Tiada ucapan yang hendak aku ucap kepada suamiku. Suamiku mengiringku ke bilik scan. Hanya mata kami mengerti apa peasaan yang tersirat dalam hati kami. Rawatan dimulakan tiba-tiba... raut wajah doktor berubah dia tersenyum dan berkata" Cik puan fibroid cik puan sudah mengecil 1.1cm ,tetapi kemungkinan kalau cik puan hamil lagi fibroid ini akan membesar menginkut rahim cik puan" "kami akan memberi ubat mengecutkan fibroid , tetapi ia tidak akan hilang begitu sahaja. Seandainya cik puan mengalami tumpah darah yang berterusan ,cik puan harus berjumpa dengan kami lagi   ' Sambung doktor itu. Lega perasaan ku ini ....apa yang ku takut sudah hilang. Mungkin Allah mahu memberikan aku peluang untuk aku meneruskan hidup ini. Aku pulang dengan hati yang gembira , Jelas terbayang di wajahku kegembiraan yang teramat sangat .
Suamiku juga turut gembira, lebih -lebih lagi ibuku .Dia juga tidak mahu kehilangan anak perempuannya . Moga aku dapat meneruskan impianku...."Amin"