Translate

Rabu, 20 Januari 2016

PERANG BUKU

          2005 sudah aku tinggalkan . Kini tahun 2006 kembali dalam hidup keluargaku. Sebagai seorang kakak ipar yang sulung ,aku mengambil alih tempat ibu mertuaku dengan mengurus pembelajaran adik dan makan minum adik yang masih belum ada rezekinya untuk bekerja.Abang dan kakak yang lain turut membantu. Aku cuma membantu dari segi menguruskan rumah..segala keewangan suamiku uruskan.
Aku tidak kisah dan tidak menjadi masalah mahupun menjadi beban  pada diri aku. Malah aku rasa bertuah kerana adik iparku  Suzzy tinggal bersamaku. Inilah peluang untuk aku jadikan adik ipar aku sebagai idola kepada anak aku Alisya. Kenapa aku berkata begitu....kerana Suzzy ini pandai ,lebih-lebih lagi dia pandai berbahasa Inggeris. Aku berharap dia boleh tunjuk ajar anakku.
Anak sulung darjah 6, anak ke dua darjah 5,manakala anak ke tiga  darjah 3 dan anak ke empat  6 tahun( PRA sekolah ) dan hanya tinggal aku dengan si kecil yang baru 3 tahun umurnya.
Setiap pembelajaran anak aku ambil kira dan setiap pergerakkan  mereka aku pantau . Kalau mereka hendak bermain , mereka hanya bermain bersama dengan adik beradik mereka sendiri. Kekadang anakku yang lelaki itu bermain permainan budak perempuan . Hendak keluar main bola dengan kawan, aku marah...jadi dia main bola dengan kakak dan adik-adiknya. Kejamkah aku......tapi aku lakukan ini adalah untuk kebaikan mereka. Aku takut pergaulan ini boleh merosakkan masa depan mereka. Adalah satu cerita.. pada masa itu kawan-kawan Putera datang ke rumah untuk mengajak dia bermain bola, tapi aku kata pada kawan-kawannya " Kalau hendak ajak Putera main bola, mika semua mesti belajar dahulu. Sudah selesai belajar baru boleh main"
Hari pertama dan kedua datanglah bawa buku seorang sebuah. Masuk hari ke tiga  batang hidung pun tak nampak ...lucukan....!
Perhatian aku pada kakak iaitu Alisya  anak sulungku diutamakan . Dia anak sulung , aku mahu lihat dia berjaya dan akan menjadi contoh kepada adik-adiknya  yang lain . Wang ringgit yang dihabiskan untuk membeli buku-buku latihan, tidak aku perduli . Malah apa sahaja yang berkaitan dengan pembelajaran  aku terus beli. Masa aku kecil dahulu aku tidak belajar sebagaimana anakku. Aku tidak perduli pada nasibku. Sekarang baru aku sedar betapa pentingnya pelajaran. Agaknya dahulu aku tidak pernah  periksa dapat nombur 1 dan aku tidak pernah naik ke pentas..jadi perasaan bangga itu tiada. Kini Bila anak-anak naik ke pentas untuk menerima hadiah aku merasa bangga, rasa seronok dan rasa hebat kerana dapat menjadikan anak itu berjaya.
Agak-agak kenapa ibuku dahulu tidak menitik beratkan pelajaran aku . Mungkin minda ibuku pada masa itu tidak terbuka. Bagi mereka kalau anak  sudah ditakdirkan menjadi begitu, mengapa hendak diubah . Bagiku pula lain ...aku tidak mahu anak-anak aku mengulangi kesilapan aku dahulu. Kakak, aku hentikan dia ke sekolah Agama Rakyat (SAR) . Aku fikir tiada masa untuk dia study UPSR, malah petang-petang dia ada kelas tambahan. Semenjak kakak dari darjah 5 lagi dia tidak ke sokolah agama waktu petang. UPKK pun dia tidak ambil.
Sejak aku tinggal di rumah ibu mertua aku , aku berjalan kaki ke sekolah anak-anakku untuk menjemput mereka pulang dari sekolah. aku ini serba tidak tahu , basikal pun aku tidak tahu tunggang, bawa kereta lagilah. Aku tahu jalan kaki sahaja. Nasib baik sekolah itu dekat dengan rumah ibu mertua aku.
Pada waktu pagi, anak-anak pergi bersama abahnya . Waktu pulang dari sekolah sahaja aku jemput. Anak yang kecil aku tinggalkan dengan Suzzy adik iparku. Perang buku sudah bermula , bermacam cara dan aksi pembelajarannya samada cara anak mahupun bapa. Masing-masing mahu mengejar kejayaan. Jadual mereka amat padat sekali . Kalau pasal pelajaran bapa...tentulah dia sendiri aturkan, yang anak pula aku aturkan. Kekadang aku sanggup berjaga malam , tolong bacakan buku  dan mereka mendengar sambil mencatat apa yang aku baca. Aku juga menyoal dan menyemak jawapan serta sama-sama membuat pembetulan. Sehinggakan anak aku Alisya tertidur ketika aku membaca buku untuknya. Semua buku latihan UPSR dijual di kedai mengikut jenis buku habis aku beli. Tiap-tiap malam aku paksa anak-anak menghafal sifir sebelum mereka tidur. Begitulah setiap malam sehingga mereka cekap. 4 jam mesti mengadap buku . Kalau dengar 4 jam itu sudah pasti  orang akan kata lama sangat, ini sudah kes paksa mana boleh budak-budak bertahan dengan jadual aku buat itu. Tetapi sebenarnya belajar hanya 2 jam sahaja , kenapa aku berkata begitu,...sebabnya biasalah budak-budak kalau belajar bukan serius sangat, sekejap-sekejap pergi ke tandas, pergi ke dapur hendak minum airlah , laparlah dan pensil patahlah bermacam-macam alasan mereka beri. Jadi yang 4 jam tinggal 2 jam, Kalau belajar 2 jam tinggal berapa pula....entah-entah setengah jam pun tidak sampai.
Pembelajaran kakak dibantu oleh adik ipar aku . Usaha itu bukan di atas buku sahaja, aku juga menyuruh kakak berdoa di atas tikar sejadah . Tampa keredhaaNya  kita tidak akan berjaya.
Keperitan ,kepedihan, kepayahan , kebosanan dan keletihan menghantui fikiran anak dan bapa. Ketakutan dan kerisauan memang menjadi kawan baik aku.  Sebelum bulan peperiksaan anakku Alisya, mereka ada menjalankan motivasi untuk sesi anak bersama ibubapa. Di dalam slot itu ada seorang penceramah yang memang pakar dalam motivasi perasaan dan jiwa anak-anak dan ibubapa .
Di slot itu aku lihat ramai anak-anak menangis sambil memeluk ibubapa memohon restu. Ibu-ibu turut menangis memberi keampunan dan kata-kata semangat. Semua ibubapa mahu melihat anak mereka berjaya. Begitu juga dengan aku, tetapi di hati aku tidak tersentuh perasaan sedih  kerana aku yakin anak-anak aku berada di jalan betul . Bukannya aku ego , tapi apa yang aku lakukan terhadap anak aku adalah jalan terbaik untuk kenjayaanya . Pada masa ini anak -anak masih tidak berdosa dan juga tidak pernah membuat kesalahan . Kalau salah pun mungkin cara didikkan aku.
Walau bagaimanapun aku memohon pada Allah agar apa yang aku mahu akan menjadi kenyataan. Tetapi kalau disebaliknya aku redha. Bukan aku seorang sahaja bertungkus lumus mencari kejayaan anak. Cikgu-cikgu di sekolah turut memberi kejayaan. Memberi kerja sekolah yang banyak, latihan , kelas tambahan yang tidak berbayar .Sungguh besar pengorbanan cikgu-cikgu ini. Kekadang sampai ke malam cikgu masih memberi khidmat percuma kepada murid-muridnya
Kadang-kadang juga menjadi tekanan pada cikgu-cikgu bilamana sesetengah ibubapa tidak memberi kejasama dalam membeli buku -buku latihan. Sehinggakan cikgu sanggup mengguna wang sendiri . Semuanya itu untuk kejayaan anak-anak kita. Kalau berjaya kita ibubapa yang seronok lebih, cikgu hanya tumpang gembira sahaja. .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan