Translate

Selasa, 19 Januari 2016

TERHENTINYA NAFAS

     Beberapa bulan kemudian kami satu keluarga hidup di dalam keadaan harmoni sekali....suamiku masih meneruskan pengajiaanya dengan tenang  Kini suamiku yang tersayang telah pun belajar satu tahun . Peringkat pelajarannya  pada awal agak mudah tapi pada kali ini agak susah dan berasap kepala . Kekadang aku lihat cara dia belajar ini agak berlainan dari yang lain.
Tiap-tiap malam aku lihat suamiku belajar dengan berbagai aksi yang menarik.Contohnya tiga buku letak dihadapan,laptop di tepi,nota di tangan dan tv di hadapan.Macam mana tu......dia belajar yang tertidur pun ada juga.Tetapi boleh dapat anugerah dekan juga hairankan!.Kalau dilihat dengan mata kasar sudah pasti dia fail.Tapi apakan daya dia mempunyai kekuatan istimewa yang tiada pada orang lain.
Allah memberi ingatan yang kuat padanya.Pada tahun 2005 iaitu awal tahun aku bekerja mengambil upah menjaga orang tua.Bukan hendak mencari wang faktor utamaku,tetapi aku kasihankan jiran sebelah aku.Dia mempunyai ibu yang sakit tua,tetapi tiada siapa yang hendak menjaganya.Beliau pula terpaksa pergi kerja awal pagi.Kerjanya sebagai guru sekolah menengah sultan azlan shah kak ana gelarannya.Maka dengan rasa belas kasihan aku menerima tawarannya,RM150 dia bagi dekat aku.Aku tidak kisah banyak mana dia bagi asalkan ibunya tidak keseorangan dirumah.Buang air besar dan air kecil aku bersihkan sehinggakan ibu kak ana menyayangiku seperti anaknya.Apa saja makanan di dalam rumahnya diberi pada ku.Kalau malam sebelum dia tidur dia asyik sebut namaku.Namaku sentiasa di bibirnya.
Penjagaanku tidak lama..... hanya lima bulan sahaja, apabila ibu mertuaku sering sakit.Kekadang makan minum tidak tentu kerana tidak selera.Maka dengan itu aku mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah ibu mertuaku.Apabila berada di sepanjang masa dengan ibu mertua,senanglah aku uruskan apabila suamiku bekerja.Setiap detik,setiap waktu aku menghabiskan masa untuk bersama ibu mertuaku.Ibu mertuaku lebih selesa bersamaku.Mungkin aku faham akan kehendak ibu mertuaku.Sesekali sekala aku datang menjenguk rumahku dan rumah mak kak ana.Mak kak ana selalu bertanya ku.....kemana aku menghilang,aku jelaskan pada dia yang ibu mertuaku  sakit dan siapa yang hendak menjaganya........ mungkin dia faham.
Pada hari cuti anak-anak ibu mertuaku pula menjaganya.Tetapi kalau bahagian buang air besar atau air kecil mesti ibu mertuaku mahukan aku.Aku  tidak kisah..... adik ipar aku pun tak kisah asalkan ibu mereka rasa selesa. Bila waktu suamiku pergi mengajar , aku dengan anak kecil yang baru berumur 2 tahun itu menjaga ibu mertuaku yang ku panggil pahjah (Aijah bin Ibrahim).
Aku sudah biasa dan aku tidak sekali-kali merasa penat mahupun merasa menyesal kerana menjaga kerenah orang sakit ini. Aku tahu apa yang aku rasa lebih teruk dari apa yang ibubapa kita lakukan semasa kecil sehingga kita dewasa. Apabila kita menjaga orang tua sakit  kita dapat rasakan  bahawa  mereka  ini amat memerlukan kasih sayang , perihatin  dan sikap ambil berat  serta kejujuran .Bukan wang ringgit yang mereka mahukan ...Kasihan mereka sentiasa menagih kasih pada anak-anak. Bagaimana pula dengan anak-anak yang menghantar  mereka ke rumah orang tua. Kasihan nasib mereka,  Tetapi bagi keluargaku  ibubapa dihargai  oleh anak-anaknya. Alhamdullilah  kasih sayang yang ibubapa  mertuaku cari dapat dikecapi, sehingga akhir hayat. ....walaupun anak-anak sibuk bekerja. Tiap-tiap minggu anaknya akan balik dan mengambil alih tugas aku untuk menjaga ibu mereka.Di sepanjang aku menjaga ibu mertuaku , tidak lupa pada keluargaku . Buat masa itu ibuku sihat walafiat.
Di samping itu juga pebelajaran anak-anakku tidak aku abaikan,. Setiap kali anak-anak aku balik dari sekolah, aku selalu tanyakan kerja sekolah mereka. Malah aku selalu periksa bag sekolah dan kerja sekolah . Aku bagi jadual belajar kepada mereka ,terutamanya anakku yang sulung kerana tahun hadapan dia akan menduduki peperiksaan UPSR. Kekadang biasalah bebudak  bukan hendak ikut jadual yang kita bagi ,selagi mak tidak paksa. Aku pula sibuk dengan ibu mertua, mereka pula buat perangai.Hendak  marah nanti ibu mertua terasa pula. ....tidak marah nanti tidak baca buku. Kekadang terkeluar juga kata-kata marah pada anak-anakku. Suamiku pula mengambil keputusan untuk membawa anak sulungku kerumah kami di Taman  Ixora agar senang hendak belajar. Sementara itu suamiku boleh belajar sekali. Bila kita mengejar waktu , masa berlalu dengan cepat Semakin hari ibu mertuaku semakin tenat. Rawatan Hospital Kerajaan  mahu pun swasta  sudah di buat , keluar  masuk wad sudah menjadi kebiasaan, namun ajal maut , sihat tubuh badan semuanya kuasa Allah. Semua anak-anak menantu. ,cucu-cucunya, saudara, jiran dan sahabat  semua berkumpul.
Surrah Yassin kami semua bacakan ,agar sembuh. Kalau Allah menyayanginya ,maka cabutlah nyawanya dengan tenang dan di letakkan dalam golongan orang-orang beriman. Dengan ayat " KUNFAYAKKUN"  maka pada petang Rabu selepas An"sar iaitu 6hb / 7 / 2005                   
terhentilah nafas ibu mertuaku . Air mata sedih mengiringi pemergiannya. Pergilah seorang ibu yang banyak berjasa  dan banyak rahsia. Semuanya pasrah apa yang ditentukan oleh Allah. Anak bongsu turut meragam sehinggakan tidak mahu tidur, menyusu  dan asyik menangis dan juga hendak berdukung sahaja. Segala urusan perkebumian , aku dan suamiku uruskan. Wang pembelanjaan perkebumian disedekahkan oleh adk-adik, kakak-kakak ibu mertuaku . Majlis Tahlil pula kami uruskan dengan mengunakan  wang ibu mertuaku. Ibu mertuaku meninggalkan seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang beharga belasan ribu. Sebelum ibu mertua aku meninggal dunia  aku di amanahkan menjaga barang-barang  kemasnya dan sedikit wang simpanannya . Arwah juga berpesan kalau terjadi apa-apa pada dia ,guna  barang kemas dan wang serta tolong jaga pokok getah yang ditoreh orang. Apabila keadaan terdesak  setengah dari wang simpanannya kami gunakan untuk diri arwah ibu mertuaku dengan membuat majlis tahlil ,menempah batu nisan , membeli tanah di kaki Masjid serta keperluan anak-anaknya. Barang kemasnya aku simpan nanti tiba masanya akan aku pulangkan kepada anak-anaknya .Hanya beberapa orang anaknya sahaja yang tahu amanat ini.
Kini suamiku termasuklah aku , akan menganti tempat ibu mertuaku. Kami menjadi tunggak dan harapan mereka untuk mereka lewati kehidupan tampa ibubapa mereka.Walaupun kami tak sehebat ibubapa mereka tapi kami akan cuba menjadi penjaga yang baik. Apa yang sangat menyedihkan  aku adalah ibu mertuaku  masih meninggalkan  3 orang anak yang belum berumahtangga lagi. Seorang sudah bekerja, seorang lagi masih menganggur setelah keluar dari universiti Melaka. Seorang lagi pula sedang menuntut di kolej Mara Di Kulim.
Kini apa yang penting ,kami suami isteri akan bertanggongjawab ke atas keluarga ini. Insyaallah ....kami akan jadikan mereka ini sebagai anak-anak kami dan tidak kami biarkan mereka hilang kasih sayang  ibubapa dan sesebuah keluarga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan