Translate

Khamis, 21 Januari 2016

LANGKAH TERHENTI , JANTUNG BERDEBAR



               Peperiksaan percubaan UPSR sedang dijalankan  pada bulan 7 ini. Aku hanya mampu menghantar doa untuk anakku Alisya dan semua calon UPSR tahun ini. Aku berharap mereka tenang, faham, dan merasa senang ketika menjawab  saolan peperiksaan. Sungguh pun peperiksaan ini hanyalah sekadar percubaan namun hati aku risau dan takut apa yang aku usahakan selama ini tidak berjaya. Setelah 3 hari mereka menjalankan ujian percubaan ,aku menunggu keputusan itu dengar debar. ,
Aku yang lebih-lebih anak aku nampak rilek sahaja. Pada awal bulan 8 ,sebelum masuk bulan Ramdhan , suamiku pula menjalani peperiksaan akhir semesta tahun terakhir.  Aku iringi dia doa agar dia dapat kecapi kejayaan. Saat yang di tunggu dan masa yang di nanti sudah tiba  pada bulan 9 , bulan puasa Alisya menduduki peperiksaan sebenar UPSR . Beberapa malam sebelum itu  , aku dan suamiku dan anak-anak aku bermunajat di tengah malam dan kami sama-sama mencari keredhaan Allah. Agar apa yang kami doakan termakbul. Di atas sejadah itu juga aku bernazar aku akan puasa selama 10 hari dan aku buat majlis kecil dan juga aku akan tempah batu nisan  untuk arwah ayah aku.  Itu semua akan aku lakukan seandainya Alisya mendapat "5A" .
Setiap langkah  yang aku aturkan ke sekolah untuk menjemput  anak aku yang lain, setiap itulah bibir aku mengatur doa. Dari jarak jauh aku lihat anak aku sedang menulis, lantas aku terus berdoa agar apa yang di sedang tulis atau buat akan diberkati Allah. Pada waktu peperiksaan dijalankan aku berpuasa. Setiap kali anak aku balik ,terus aku bertanya senangkah saolan tadi, boleh buatkah dan cukup masakah? Dia hanya menjawab ringkas "bolehlah"
Setelah selesai menjalani peperiksaan , hatiku berasa lega dan bersyukur kerana sepanjang perjalanan peperiksaan dijalankan anak aku sihat.  Suami pun sudah tamat pengajian ijazahnya . Kini dia tunggu konvokesyennya pula. Semakin kita risau semakin cepat masa berlalu . Anak buahku iaitu anak abang aku nombur 4 turut menjalani peperiksaan UPSR juga. . Begitu juga dengan anak buahku sebelah suami aku iaitu anak adik ipar aku nombur 3. Sama-samalah kita berdoa untuk kejayaan mereka.
Tip...top...tip  top..! keluar dalam berita , surat khabar keputusan UPSR  akan keluar esok. Wah ! apa lagi berdebarlah kami semua. Tidurku tidak lena, makan pun tidak lalu macam orang bercinta pula. Dahulu semasa aku hendak ambil keputusan periksa  SPM  aku tidak rasa apa-apa . Malah lulus tidak lulus sama sahaja. Agaknya dahulu aku tidak pernah berusaha dan tidak pernah memberi peluang pada kejayaan sendiri. Kini baru aku sedar jikalau kita sudah berusaha kita mesti mahu tahu hasilnya bagaimana.
Pada malam itu aku tanyakan pada kakak "Kakak masa periksa   tu hang rasa boleh buat ke, rasa-rasa boleh dapat 5 A . Kakak tidak tahu hendak jawab apa . Yang pasti dia tentu lebih debar dariku. Suami aku dengan penuh keyakinan menjawab " Apa yang hendak dirisaukan , jawab sudah, usaha sudah  malah doa pun kita sentiasa . Apa-apa keputusan samada berjaya atau tidak kita redha sahaja. Semuanya itu sudah Allah tentukan. Abang pasti kakak akan dapat 5A, kerana semasa percubaan dan selaras dia dapat 5A atau pun 4A"Wah!!!!!!!! yakin betul suamiku ini. Anak-anakku yang lain turut merasa bahang kepanasan UPSR. Mereka juga perlu 5A seandainya kakaknya mendapat 5A. Hari yang dinantikan sudah tiba. Awal-awal lagi aku sudah bersiap memasak kerana kebetulan pada hari keputusan UPSR keluar, anakku mengadakan jamuan perpisahan antara kelas-kelasnya.
Keputusan UPSR akan keluar pada pukul 10 pagi maka dengan itu aku akan pergi melihat pada pukul 11 pagi.Ini kerana aku hendak menjemput anakku Amyra.Dap...dup...jantungku bilaku lihat jam di dinding pukul 10.30 pagi.Itu bunyi jantungku belum lagi jantung Allisya yang mengambil UPSR itu.Apakah keputusannya"5A kah atau sebaliknya",bisik hatiku.Tepat 11 pagi kakiku mula melangkah keluar dari rumah menuju ke sekolah anakku. Kebetulan pada masa itu adik ipar aku yang menganggur sudah pun mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur.
Setiap langkah aku aturkan dengan doa .Setiap doa aku aturkan pula dengan niat. Suamiku pula akan memberi wang sebanyak RM 250 seandainya 5A. Semakin risau dan semakin debar dan semakin hampir aku ke distinasinya. Sesampainya di sana, aku lihat ibubapa sudah ramai. Ada yang menangis dan ketawa. Tetapi aku tidak nampak pun kelibat Allisya......yang hanya aku nampak anak aku yang lelaki Putera.  Aku cuba lihat mukanya , adakah dari raut mukanya ada sinar kegembiraan atau sebaliknya. " Mak kakak dapat 4......" Laung Putera.
Belum sempat dia habiskan ayatnya , aku rasa langkah kakiku menjadi lemah . Langkah terhenti tiba-tiba ,jantung berdebar kencang.
" Sherly....tahniah anak awak dapat  5A" laung seorang ibu kawan kakak. Percaya atau tidak  kaki terus melangkah menghampiri mereka . Di situ aku melihat kakak di kerumuni guru-guru dan rakan-rakannya.
" Allisya tunjuk kepada emak keputusan kamu dan peluk sambil ucapkan terima kasih " kata guru kanan sekolah itu.  Aku lihat slip keputusan peperiksaanya , memang betul dia dapat 5A. Syukur Alhamdullilah terima kasih ya Allah .....selama ini aku dijalan yang betul.  Putera sahaja hendak mengusik aku. Aku terus mengucap terima kasihku kepada guru -guru dan taniah kepada kepada yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya cuba lagi di sekolah menengah dan mungkin ada hikmahnya. Seramai 10 orang dapat 5A. Tiba-tiba handphone di tangan aku berbunyi, rupanya suamiku telefon . Aku khabarkan berita gembira ini kepadanya. Sementara itu anak saudara aku sebelah keluarga aku mendapat 3A 2B dan seorang lagi hanya lulus sahaja. dan seorang lagi sebelah suamiku pun hanya lulus. Semua kegembiraan di kongsi bersama-sama, baik sebelah keluargaku mahupun sebelah suamiku.
Kejayaan anak pertama membuatkan aku lebih bersemangat dan bangga . Aku bangga kerana aku boleh jadikan Allisya sebagai contoh kepada adik-adiknya. Cara aku mengajar dan menjadualkan pelajaran Allisya boleh aku sambung pada anak aku yang lain.
Kebahagian yang aku kecapi dalam kejayaan UPSR tahun 2006 amat membanggakan. "terima kasih kakak" Adakah tahun-tahun akan datang akan aku sambut kegembiraan yang sama.
Insyaallah.......!!!                                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan