Translate

Khamis, 14 Februari 2013

CAHAYA MATA


         Perasaanku yang tersurat mahupun tersirat di dalam hatiku  ini ingin aku luahkan sebagai seorang ibu pula . Aku ingin imbas kembali kemasa dahulu ketika aku baru mendirikan rumahtangga yang hampir dua bulan. Selepas dua bulan kami membina  kehidupan baru , aku dikejutkan berita yang amat gembira sekali. Aku disahkan oleh doktor  aku mengandung  dua minggu . Hati ibu mana yang tidak gembira  dan hati bapa mana yang tidak bangga apabila kelakiannya sudah terbukti. Inilah perjalanan pertama aku menjadi seorang ibu  muda. Alhamdullilah aku tidak banyak kerenah  di dalam meniti menjaga bayi di dalam kandungan  ini. Muntah-muntah, loya, pening-pening ataupun mengidam sudah menjadi lumrah semua ibu yang mengandung. Ibuku, ibu mertuaku dan suamiku amat menitik berat hal makanan aku atau kesihatan aku. Mereka menjaga aku dengan baik sekali .......
terima kasih semuanya...Penantian itu amat menakutkan , setiap bulan perutku membesar dengan baik .Tiap-tiap bulan juga kesihatan aku diperiksa oleh doktor. Aku sedikit pun tidak mengalami masalah yang serius . Tetapi  walau bagaimana pun  aku sebagai insan aku merasa takut , maklumlah ini kali pertama   bagiku. Telinga aku mendengar berbagai-bagai  cerita ada yang mengatakan lahir anak boleh menyebabkan kematian ,sakit yang amat sakitlah, nanti  lahir anak sulung terpaksa dibedah, nanti anak yang dilahir tidak cukup sifat sekiranya kita tidak menitik beratkan pemakanan semasa kita mengandung dan brmacam-macam lagi yang aku dengar . Semua itu disabar dan ditenangkan oleh suamiku yang tercinta. Di saat beginilah kita memerlukan teman . Teman yang sangat baik ialah suami dan keluarga. Penantian sudah berakhir aku melahirkan seorang anak perempuan yang comel dan beratnya 2. 98 kilo Pada bulan Ramadhan yang bertarikh 14 / 2 /1994 ..Hari isnin pada subuh pagi  . Hati seorang ibu akan tenang dan hilang sakitnya apabila melihat anak yang dilahir tidak mempunyai cacat cela sedikit pun. Malah anakku ini sangat sihat dan montel. Raut wajah anak kecilku ini  saling tak tumpah  sebelah keluarga mertuaku . Aku melahirkannya secara normal  hanya jahit sedikit , maklumlah aku tidak tahu bagaimana  caranya hendak meneran ketika bayi mahu keluar. Aku amati wajah anak ku ini aku terhibur .Kini  aku bukan sahaja  seorang isteri malah  aku juga sudah menjadi seorang ibu muda.
Wajahnya  cantik , mulutnya kecil, alisnya panjang, rambutnya lebat lagi hitam bersinar, hidungnya mancung seperti ibu mertuaku dan berlesung  pipit mengikut sebelah keluargaku. Kedua-dua keluarga aku sangat gembira sekali. Ibuku pula merasakan inilah cucu sulung anak perempuannya. Manakala ibu mertuaku pula merasakan  inilah cucu sulungnya . Bila kita sudah ada anak kecil , biasalah tidur pun tidak cukup , kejap-kejap jaga malam  bancuh susu, salin lampin, meragam itu pun tidak termasuk demam , sakit dan bermacam-macam  ragam lagi . Alhamdullilah suamiku sangat ambil berat tentang anak kecil menangis  . Kekadang waktu malam  suamiku turut bangun malam membacuh susu. Aku memberi anak aku minum susu botol dan berselang  seli dengan susu badanku. Aku bukan tidak mahu menyusukan anak aku dengan susu badan sepenuh masa, tetapi aku ada masalah dengan buah dadaku  yang tidak mempunyai lubang susu yang banyak. Kekadang juga aku perahkan susuku  kedalam botol susu. Maafkan ibu anakku........walau bagaimana pun  kau tetap minum susuku sampai kau  kenyang. Suamiku juga turut berjaga malam seandainya  anak kecil meragam walau pun esok hendak pergi mengajar. Ibuku juga turut  membantu  kerana aku berpantang  dirumah ibuku., maklumlah mempunyai anak sulung  ini tidak pandai menjaganya lagi. Hidup berumahtangga ini sangat seronok  dan lengkap apatah lagi bila kegembiraan ini diserikan dengan gelak ketawa dan tangisan suara anak kecil. Hari demi hari berlalu, bulan bersilih ganti sakit demam, susah senang kami tempuhi dengan sabar. Sehinggakan aku tidak sedar anak kecil yang ku beri nama Allisya sudah membesar hampir satu tahun . Wajahnya kian cantik dengan rambut ikal mayang bawah paras pinggang. Lebih-lebih lagi dia mempunyai badan yang montel.  Ke sana ke sini selalu dimanja oleh saudara-saudaranya baik sebelah keluargaku mahupun keluarga suamiku.
Anak saudaraku sebelah suamiku yang kahwin sama denganku itu telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan tetapi masih kecil lagi walaupun sama tahun dengan anakku . Begitu juga dengan anak-anak saudaraku sebelah ibuku , semuanya membesar sebaya cuma anak abangku yang sulung dan nombor dua lebih tua sedikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan