Translate

Isnin, 25 Februari 2013

PUTIH GEBU

Sebagai seorang ibu  aku bangga, aku bahagia sekali bila aku didampingi suami yang tersayang dan anak-anak kecil yang baru petah bercakap....Bermain bersama-sama sehinggakan sedar tak sedar anakku Allisya sudah tiga tahun manakala Putera yang suka menangis tu pun sudah dua tahun. Mereka membesar dengan baik malah mereka ini begitu comel dan montel. Sesiapa yang melihat mereka akan merasa geram.... terasa hendak cubit pipinya....
Kehidupan kami bertambah gembira apabila kereta yang kami miliki sekarang sudah habis dibayar. Alhamdullilah...!dapatlah kami mengumpul wang lebih sikit untuk masa depan.Sebelum berkahwin suamiku memberi wang pembelanjaan kepada ibu mertuaku sebanyak RM 500.
Selepas berumahtangga ini ibu mertua aku  hanya meminta RM 200 sahaja. Masa itu gaji suamiku hanya RM 3000.Maklumlah dia hanya berkelulusan Diploma sahaja. Aku sebagai seorang isteri harus faham  dan aku juga berjimat cemat di dalam menguruskan barang dapur. Wang dapur yang diberi padaku sebanyak RM 200 itu aku jimat dan yang bakinya aku simpan sebagai wang saku.Pada masa itu ,apa yang hendak dibeli dan dimakan sangat......anak-anak pun masih kecil lagi. Pada masa itu juga barang -barang dapur pun tidaklah mahal.
Lap...!lup....! lap...! lup.....! pejam celik -pejam celik aku terasa pening  dan teringin  dengan makanan masam-masam .Apa lagi aku rasakan ada orang baru hendak datang dalam hidup kami lagi. Apa yang ku sangka menjadi kenyataan ,apabila aku disahkan mengandung sebulan.Hati berbunga kembali ,anak-anakku gembira sekali apabila mereka mengetahui  mereka akan mempunyai adik kecil. Anak itu anugerah Allah dan setiap anak ada rezekinya masing-masing.Sungguhpun hati ini berbunga ....tapi hati kecil ini takut...takut pada peristiwa yang terjadi kepada Putera dahulu. Doa ,hajat, dan terus berdoa agar semuanya berkeadaan baik . Moga-moga Allah memakbulkan doaku....
Seperti biasa juga aku  mengandung tidak mempunyai masalah  cuma aku kerap makan  mee udang di Kuala Kangsar. Buku rekod mengandung aku bersih  tiada masalah yang serius mungkin aku mengikut jejak ibuku yang senang bersalin . Dahulu  ibuku hanya bersalin dirumah dan hanya berbidankan orang kampung saja. Perutku membesar setiap bulan  tetapi suamiku  seperti dahulu juga ,mengambil berat tentangku sepanjang masa.  Di dalam hati ini aku rasakan  kalau  isterinya mengandung  anak pertama atau ke dua pasti sisuami akan mengambil berat. Lain pula dengan suami aku ini  dia masih sama......dia bukan lelaki  yang lepas tangan . Masa susah pun bersama  apatah lagi masa senang. Terima kasih suamiku......! 
Pada subuh Isnin  bersamaan 24 / 2 / 1997....perutku mula rasa sakit , aku sendiri pun tidak tahu  ,aku ini sakit hendak bersalin ke atau sakit salah makan. Tarikh bersalin lagi 2 minggu tak kan cepat sangat bayiku ini hendak keluar? Suamiku bertanya dalam keadaan risau "Nak pergi ke klinik ke ?" aku jadi serba salah ,lantas  aku menjawab sambil menahan sakit yang amat sangat "Bawa saya ke rumah ibu saya" mungkin ibu aku  tahu aku ni sakit hendak bersalin atau sebaliknya. 
Semua anakku dikejutkan dari tidur  dan terus disuruh masuk ke dalam kereta. Semua peralatan dan pakaian bayi  sudah aku sedia dalam kereta. Suamiku terus pandu kereta  dengan laju. Sakitku semakin kuat tidak tertahan rasanya.....
Anakku Allisya dan Putera , biasalah  duduk di dalam kereta bising-bising manalah mereka faham apa yang berlaku. Sesekali suamiku berpesan pada mereka "Kakak dan Putera duduk diam-diam, emak sakit tu " Sesampainya aku dihalaman rumah ibuku ......suamiku terus memanggil ibuku....ibuku pun terkejut apahal datang subuh-subuh pagi.Aku sudah tidak tahan , aku terus keluar dari kereta...tiba-tiba....aku rasakan bunyi letupan kecil dari celah kelangkang aku dan beserta air yang banyak mengalir. Aku terus memanggil ibuku dan suamiku . Semua pada masa itu berkeadaan panik, tampa membuang masa  aku meluru masuk ke dalam bilik dan terus baring sambil mengucap dua khalimah syahadah  dan terus meneran sekuat tenaga"Ya Allah.........!selamatkanlah aku dan bayiku , dengan sekali teran saja aku melahirkan seorang bayi perempuan.Keadaan semakin kelam kabut  lagi .Apabila terdengar saja suara bayi menangis  terus ibu ,ibu saudaraku,kakak iparku dan suamikuku meluru masuk  dan mereka melihat aku sudah pun bersalin.Ibu saudara ku pun jadi  panik,dia cepat-cepat terbalikkan bayiku supaya berkedudukkan elok......dan aku juga mempunyai masalah sikit apabila aku melahir anak  seorang diri aku tidak tahu bagaimana hendak kendalinya. Sebab itulah anakku yang baru lahir ni hidungnya rendah sedikit dari kakak dan abangnya. Mungkin dia tersembam lama dilantai. Tali pusat pula terbelit sikit dibadannya.Tapi semuanya Alhamdullilah semua keadaan terkawal apabila bidan kerajaan datang. Beliaulah yang mengerat tali pusat anakku. Pada jam 7. 25 pagi itu anak aku dilahirkan seberat 3.05 kilo.Badannya agak montel dan kulitnya putih gebu .Walaupun aku ini jenis senang bersalin tapi kesakitan bersalin tetap aku rasa.Aku tiada tumpah darah yang banyak dan aku tiada luka sama sekali maka tidak perlu jahit.
Wajah anakku, aku tatap satu persatu....tiada cacat celanya anakku ini malah anak kecil ini sangat tembam, pipinya kembung, alisnya mengikut bentuk, kulitnya putih gebu.....sesiapa yang melihatnya pasti geram.....kakak dan abangnya begitu sayang sehinggakan orang yang datang melawat anak kecilku takut hendak riba.....takut tu bukan apa ....anakku yang lain marah, takut orang ambil adik mereka.Aku berpantang seminggu dirumah ibuku.Segala makan minumku, ibu aku uruskan .Lagipun ibuku ketika itu sihat walafiat  dan cergas lagi .Setiap bayi pasti ada penyakit kuning tapi bagi anak-anakku kena juga penyakit kuning tetapi tidaklah seteruk sampai kena tahan di hospital.Riuh rendah suara anak-anakku ....aku amat gembira sekali.Di dalam mendidik anak-anak ini aku amat tegas dan ambil berat .Makan minum mereka aku aturkan dan aku beri kasih sayang yang secukupnya.Setelah dua minggu aku tinggal dirumah ibu ....aku pulang kerumah sewa kami. Aku rasa biarlahaku cuba berpantang dirumah sendiri pula. Tetapi kalau kita tidak berlajar...bila lagi   tak akan semua benda kita kena bergantung pada orang ibubapa......cukup-cukup la tu sudah le dari kecil hingga dewasa ibubapa jaga,tak akan dah kahwin pun mereka jaga juga. Inilah masanya kita mempelajari apa yang mereka buat dahulu.Dirumah sendiri ini aku cuba mengkenalikan keluargaku dengan baik...rupa-rupanya seronok tau...!Bermacam-macam telatah mahupun aksi lucu yang ditunjukkan oleh anak-anak. Kekadang letih juga tapi semuanya hilang apabila kita mempunyai sebuah keluarga yang lengkap .Kasihan yang mana tidak ada keluarga yang lengkap....apa-apa pun aku bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan