Translate

Ahad, 17 Februari 2013

DUGAAN ALLAH

              Di dalam keseronokkan meniti kebahagian , sedar tak sedar aku mengandung anak ke dua pula. Pada kali ini juga aku mengandung  seperti biasa tiada alah yang teruk mahupun mengidam yang pelik-pelik . Tetapi aku cuma teringin makan-makanan  laut seperti sotong, udang besar, kerang besar dan lain-lain lagi. Cuba bayangkan  kerang besar tu di kukus dan dicicah pula dengan air asam, sedap......!Semasa  mengandung anak pertama dahulu  ingidam hendak makan benda-benda masam  dan  pisang abu goreng panas-panas. Bila masa mengandung ini seronok , kalau teringin  hendak makan apa pun pasti akan dapat. Apatah lagi sisuami  akan melayan kita macam puteri. Aku kalau mengandung kasih sayang aku kepada suami semakin bertambah malah macam orang baru bercinta pula......tidak boleh marah sikit mesti merajuk...kalau aku marah dia, dia cool sahaja, baik sungguh suamiku ini kerana tahan dengan kerenah aku . Terima kasih suamiku......!
Bulan demi bulan juga  berlalu kini  aku sudah sarat mengandung . Namun aku tiada masalah langsung.  Badan aku pun makin berisi , anak sulung aku pun tiada banyak meragam  dan ibu mertua aku selalu datang ke rumah sewa kami  yang tidak jauh dari rumahnya. Kadang-kadang  mereka datang  untuk mengambil Allisya berjalan-jalan. Begitu juga dengan keluargaku  sentiasa bermain dengan Allisya yang semakin hari semakin montel. Ke dua-dua belah keluarga aku ini  saling sayang-menyayangi , hormat-menghormati malah kini aku tahu erti sebuah keluarga dan kasih sayang  ibu kerana aku juga seorang ibu yang terus setia dihujung nyawa. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi waktu subuh pada hari Ahad, 27 /8 /1995 perutku  mula rasa sakit . Kali ini aku sudah tahu beza sakit bersalin atau sakit salah makan . Mungkin ini anak ke dua  dan aku pun sudah ada pengalaman .Seperti biasa  juga sakit aku ini tidak lama . Suami aku  membawa aku  ke Klinik Lenggong. , kebetulan  pada hari itu klinik Desa  cuti. Ibuku ada bersama  kerana pada hari itu secara kebetulan ibu tidur dirumahku , manakala anakku yang sulung dibawa oleh ibu mertuaku ke Penang.
Sakit yang amat sakit itu terasa bagaikan nyawa dihujung tanduk tapi Alhamdullilah  sakitku tidak berpanjangan . Aku melahirkan  anak ke duaku dengan selamat . Klinik  Lenggong itulah  tempat tumpah darah anakku. Aku tidak sempat di hantar ke Hospital  Besar Kuala Kangsar  kerana aku jenis senang bersalin  lainlah semasa melahirkan anak yang sulung, aku terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar. Maklumlah anak pertama berisiko sedikit. Pukul 10.30 pagi  hari Ahad bersamaan  27 / 8 / 1995 iaitu sama tarikh dengan bapanya seorang putera  kecil  seberat 2.82 kilo .
Kesakitan,  keperitan  dan kepedihan hilang apabila  aku tatap bayi lelaki yang cute , yang sempurna sifatnya. Kali ini  bayiku  agak cerah kulitnya. Aku mendakap  sambil mencium pipinya beserta titisan-titisan air mata gembira mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa. Terima kasih ya Allah dan suamiku kerana  menganugerahkan aku seorang anak lelaki pula. Maka dengan itu  aku memiliki  sepasang anak. Seperti biasa suamiku memperdengarkan  ayat suci Al- Quran  dan mengazankan  ditelinga  kanan dan kiri anakku sebagaimana dia lakukan kepada anak yang sulung dahulu.
Sinar mata yang jernih , mulut kecil, hidung mancung, muka bujur telur  dan rambut halus itu hanya sementara aku usap.................................................
Setelah pulang dari Klinik Lenggong Pukul 12. 30 tghri itu. Setelah seminggu berada di rumah , sinar matanya bertukar menjadi limpahan air mata yang tidak henti-henti. Sehinggakan aku  menjadi tidak tentu arah. Makan , minum ,tidur, berihat atau berpantang semasa bersalin tidak aku perduli. Suamiku, ibuku mahupun adik beradik yang lain turut merasa penderitaan yang aku tanggung.
Wa....!wa....!wa.....!menangis tidak henti-henti, kalau henti pun waktu tidur itu pun seketika. Kadang-kadang menangis dari senja hingga larut malam. Kekadang juga dari larut malam hingga subuh . Hampir setiap hari, setiap malam, setiap waktu aku menghadap anak kecil ini tampa keluh kesah sedikit pun. Kesihatan semasa bersalin  tidak aku perduli. Badanku mejadi kurus, mataku cengkung dan tanganku juga  terasa kebas-kebas kerana asyik meriba bayiku sahaja. Kalau diletakkan ketilam mahupun dibuai , dia akan menangis menjerit-jerit macam orang lihat hantu. Seluruh keluargaku turut merasa penderitaan itu, lebih-lebih lagi suamiku . Pada esok pagi dia hendak mengajar lagi , malam-malam tidak cukup tidur. Ibuku turut membantu aku dalam menguruskan anak sulung aku yang juga masih kecil  dan perlu perhatian. Kasihan sungguh aku lihat suamiku dan ibuku......terima kasih semuanya. 
Berbagai usaha sudahku cuba. Ke klinik, hospital, ke Doktor Pakar malah ke bomoh-bomoh aku pergi. Kata doktor anakku sawan tangis manakala kata bomoh anakku ditegur syaitan atau lintasan. Apa jua kata mereka tidak aku perduli yang pasti aku mahu anak aku pulih seperti anak yang lain. Diatas sejadah aku bertefakur aku memohon dan terus memohon kepada Allah agar apa yang aku tanggung dan apa yang terjadi ini akan aku pasrah. Pasrah menerima dugaan yang ku rasakan berat untuk ku pikul.......Mungkin ini dugaan kecil daripada Allah . Bukan seminggu anakku menangis  tetapi tiga bulan lebih dia menangis . Macam cerita " Ahmad Albab",. Keluargaku menyuruh aku berpindah rumah mungkin rumah itu tidak sesuai manakala ibu mertua  pula menyarankan aku menyerah anak aku sebagai anak angkat kepada adik ipar aku  yang masih tidak dikurniai anak lagi. Semuanya aku turuti tetapi sia-sia sahaja......
Dia masih menangis dan terus menangis hinggakan kesabaran seorang ibu tercabar. Tetapi semangat suami telah membuat aku terus kuat menghadapi ujian Allah ini. Mungkin apa yang berlaku sudah suratan takdir dan ada hikmahnya. Menangis ku terus menangis itu sahaja peneman aku setiap hari dikala aku menatap mata kecil anakku........
Apalah kesalahan aku......apalah dosaku Ya Allah..! itu sahaja yang dapat aku luahkan setiap kali anakku menangis. Jiran-jiran turut membantu dan pelbagai cadangan mereka berikan tapi semuanya tidak berhasil. Tiga bulan sudah berlalu aku bertekad untuk pergi ke rumah ibuku. Ibuku memanggil seorang yang agak pandai di dalam ilmu agama. Beliau cuba merawat anakku  dengan cara tradisional iaitu cara melayu kita. Mula-mula hari pertama  menangis sikit-sikit, pada hari kedua pula menangis sikit-sikit juga. Masuk sahaja hari ketiga terus tidak menangis lagi......aku rasa macam ada kuasa ajaib...Terima kasih Ya Allah dengan izin Mu  anakku semakin pulih. Kini sinar matanya kembali bersinar.Setelah  enam bulan umurnya aku berpindah ke rumah sewa yang lain pula, tetapi kali ini rumahnya jauh sedikit dari tempat rumah sewa yang lama. Hidup kembali sempurna seperti orang lain  yang melayan kerenah anak-anak kecil . Aku kembali bahagia sehinggakan aku lupa kekadang badan aku terasa lenguh-lenguh akibat aku tidak berpantang semasa bersalin anak lelaki aku dahulu. Kini aku kembali mengambil ubat-ubatan dan bertungku walaupun anak aku sudah enam bulan. Di dalam meniti kehidupan ini tidak semestinya bahagia sepanjang masa bak perpatah melayu mengatakan "Ku sangkakan panas sampai ke petang tetapi hujan di tengahari. Tidak sampai umur anakku tujuh bulan, anakku didatangi pula sawan tarik akibat demam panas. Anakku yang ku namakan Putera Armyzz mengidap demam panas dan tiba-tiba terus tarik sampai mata hitamnya tidak kelihatan. Aku cemas  dan takut apabila inilah kali pertama aku melalui situasi ini. .....apa yang harus aku lakukan. Pada masa kejadian itu suami aku tiada dirumah, dia berada di sekolahnya. Aku meminta bantuan daripada jiran-jiran . Mereka cuba menolong dengan menyampu air kemuka anakku ,tetapi masih lagi belum kedengaran suaranya. Aku terus menangis hanya itu yang dapat aku lakukan.
Aku menghubungi suamiku. Suamiku bergegas pulang dan terus bertindak cepat dengan membawa Putera  ke klinik Lenggong. Alhamdullilah..! sesampainya di sana anakku dapat diselamatkan, kata doktor" kalau lewat datang kemungkinan  anak aku akan cacat. " Sejak dari peristiwa  itu, setiap kali anak demam biasa atau pun demam panas aku dan suamiku sentiasa berjaga malam ,tidak kami hirau apa  hendak berlaku esok, yang pasti anak-anakku akan selamat. Anak aku Putera Armyzz terkena sawan tarik tiga kali ,itu pun  ketia kecil semasa berumur tujuh atau lapan bulan . Sehingga sekarang Alhamdullilah tetapi walau bagaimana pun aku tetap berjaga-jaga. Kini aku boleh kendalikan dengan sendiri ,sebab dari peristiwa itu banyak    memberikan aku pengalaman. Ibubapa sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk anak mendapat yang terbaik dimata dunia dan akhirat........."AMIN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan