Translate

Ahad, 10 Februari 2013

DILAMAR

   Hidup dibandar besar ini yang penuh pancaroba, pahit manis dan sosial hanya seketika, apabila hatiku dilamar seseorang. Seseorang yang pernah ku hormati ketika zaman sekolah dahulu.....,orangnya sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar-pelajar sekolah mahupun guru-guru perempuan. Aku...biasa saja kerana aku mengukur kain di badan sendiri.......boleh dikatakan dialah putera idaman semua gadis, baik yang muda mahupun yang tua. Orang tua tu bukan apa....,hendak dijadikan dia menantunya.Kadang-kadang aku sebagai muridnya selalu juga aku menggusiknya.....padan-padankan dia dengan cikgu itulah,cikgu inilah hinggakan cikgu itu sendiri terasa malu. Biasalah budak-budak sekolah ,orang suruh belajar tak nak....asyik-asyik menggusik orang...."seronok tau". Menariknya dalam cerita aku ini, dia sendiri datang kerumah keluargaku untuk memberi  nombor telefonnya.Ketika itu aku baru bekerja di Kuala Lumpur sebagai operator biasa saja. Aku disuruh pulang  oleh ibuku katanya "Cikgu sekolah engkau dulu beri nombor telefon dan dia suruh engkau telefon dia balik sekiranya engkau balik kampung."..suruh telefon! detik dalam hati kecilku ini...apa yang dia mahu ...adakah dia mahu aku kembali ke alam sekolah lagi. Tapi layakkah aku ke tingkatan enam atau bolehkah aku bersekolah lagi?..ayat-ayat itu ligat bermain dikotak fikiranku." Malaslah aku hendak balik dan hendak bersekolah lagi, cukuplah dengan gaji aku RM 600."runggut hati ku. Aku pun biarkan ia berlalu begitu saja. Tidak berapa hari kemudian, aku pulang ke kampung Sentosa Bunga Raya Sauk iaitu tempat tumpahnya darahku.Aku pulang pun sebab cuti perayaan Thaipusam selama lima hari. Pada tahun 1991, dan tidak ingat tarikhnya aku diberi oleh ibuku nombor telefon cikgu itu . Ibuku terus memaksa aku menelefon ,katanya mungkin dia ada hal yang mustahak. Aku pun dengan berat hati pergi ke pondok telefon awam bersama abangku .Disitulah aku terus mendail nombor telefon yang tertera di atas cebisan kertas yang berangka 05- 7677243. Suatu suara kedengaran......apabila aku amati suara itu, aku kenal  suara seorang cikgu matamatik aku sewaktu aku belajar di tingkatan 4 tahun 1989. Bila dibayangkan dahulu , cikgu ini pergi ke sekolah dengan menunggang motosikal. Kini dengar khabarnya sudah beli kereta baru. Kereta Proton Saga yang bercermin gelap tau....!Pada masa itu kereta ini adalah keluaran terbaru.Aku terus memberi salam dan bertanyakan khabar dan dibalasnya dengan baik. Pada mulanya dia tidak mengenali suara aku..........aku ni siapa....bukan budak terkenal pun, maklumlah dia seorang cikgu yang ramai peminat.Panggilan aku ini pun tidak tahu panggilan yang ke berapa. Aku terus memperkenalkan diri dan apa tujuan aku telefon. Lalu dia faham  dan terus memperlawa aku  ke Kuala Kangsar esok. Aku seba salah dan aku pun terus mendesaknya menceritakan apa tujuan dia menyuruh aku telefonnya . Dia membisu seketika dan terus berkata "Pekara yang saya hendak beritahu kepada awak ini tidak boleh dibincangkan melalui telefon" Aku pun berdiam dan terus mengatakan " ok"  Hasratnya itu aku suarakan kepada keluargaku, abang-abangku  membenarkan aku pergi. Mereka percaya seorang cikgu akan menjaga tingkahlaku dan tidak akan melakukan perbuatan yang tidak senonoh kepada aku. Maklumlah aku sahaja anak perempuan daripada lima adik-beradik lelaki. Di bandar Kuala Kangsarlah tempat seorang hati dipenuhi cinta ,hidup bermakna, kasih sayang seorang lelaki dan hidup menjadi sempurna ,pabila dia bertahta dihati  yang sebelum ini masih belum berpunya . Hasratnya untuk aku dijadikan isterinya aku suarakan kepada keluargaku . Dari sinar mata ibuku  mahupun keluargaku ,aku dapat melihat sinar kegembiraan ....mana tidak gembiranya ,seorang guru sekolah menengah yang kaya, kacak dan berpelajaran hendakkan anaknya yang tidak berpelajaran ini. Lagi pun abang-abang aku ini semuanya  berpendidikkan darjah enam sahaja. Kalau tolak ini bermakna tolak tuah......Bagi perasaan aku pula ...serba salah , nak dikatakan aku ini ada kekasih hati tidak juga. Tetapi apabila difikir-fikirkan apa yang cikgu tu nampak dalam diriku. Sedangkan dia boleh pilih gadis-gadis lain yang lebih sesuai dengannya. Mungkin ini dah jodoh aku atau ini tuah aku.............................................................
 Lantas aku terima dengan hati terbuka. Kami ditunangkan pada 1 /5 /1992. Sepanjang pertunangan itu ,kami saling kenal mengenali ,saling cinta- menyintai dan rindu -merindui. Perasaan kami ini kami lepaskan melalui surat-surat cinta, kerana pada masa dahulu handfon  jarang di gunakan lagi. Rahsia manis aku bersamanya akan menjadi " RAHSIA HATI" manisnya sehingga aku tidak akan lupa dalam hidupku. ......Tiada semanis ini yang pernah aku rasa ...Dialah lelaki yang pertama aku cintai dan mungkin dia jugalah lelaki yang terakhir bagiku....
 Aku berharap biarlah Allah menyatukan kami sehingga di hujung nyawa ."Terima kasih sayangku"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan