Translate

Rabu, 13 Februari 2013

GERBANG BAHAGIA

         Pada hari aku pulang dari Kuala Lumpur  itu aku tidak lagi kembali bekerja . Ibuku menyuruh aku tidak bekerja kerana dikuatiri akan membawa fitnah. Aku tinggal di rumah hanya makan minum dan menunggu surat daripada tunang tercinta. Hari demi hari berlalu, bulan demi bulan beredar kini hari bersejarah  bagi setiap gadis  telah tiba. Pada 1 /5/ 1993, hari cuti buruh  adalah hari keramat dalam hidupku. Pada tarikh itu aku disahkan menjadi permaisuri kepada seorang putera iaitu Amir Airil bin Amir Aris  anak sulung daripada lapan adik beradik. Kampung  Kota  Ibol  Lenggong, manakala aku puteri  Sherly Alina binti Hashyim  daripada Sauk. Pada saat itu dan ketika itu juga akulah  gadis yang paling bertuah dan beruntung. Orang lain yang tergila-gila atau berebut-rebut  dapatkan dia , aku yang senang -senang milikinya. Siapa sangka buah cempedak menjadi nangka, tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu......
Pada mulanya aku rasa kekok sedikit hendak menyesesuaikan diri dengan keluarga mertua. Maklumlah aku berkahwin dengan anak yang hidupnya mewah , apatah lagi adik iparku semuanya berijazah dan berpelajaran tinggi. Pada waktu aku berkahwin aku mempunyai seorang biras. Mereka berkahwin sama hari dengan perkahwinan kami, cuma mereka awal seminggu daripada kami . Biras aku ini  juga seorang guru di Kedah yang berpasangan dengan adik suamiku  nombor tiga.  Biras aku ini juga cantik  dan baik budi pekerti walaupun dia berijazah. Pada masa perkahwinan aku juga,  abang aku yang nombor empat turut berkahwin dan mengadakan majlis bersanding bersama-sama. Ibu mertua aku ini seorang yang tegas dan mukanya  teramatlah garang. Sayangnya ayah mertuaku sudah meninggal dunia ketika aku baru bertunang dengan anaknya. Walau bagaimanapun sempat juga aku melihat wajah bapa mertuaku. ............Bayangkanlah seorang gadis kampung hendak masuk ke  dalam rumah  yang ku rasa asing bagiku....aduh...! seram sejuk juga. Tetapi Alhamdullilah keluarga mereka  menerima aku seadanya . Ibu dan ipar- ipar tidak pernah membezakan aku walaupun aku lebih muda daripada mereka .Aku juga menerima layanan  yang baik mesra dan ramah. Kini aku tidak lagi berasa asing , lebih-lebih lagi aku pandai mengambil hati ibu mertua dengan menunjukkan sikap aku yang pandai memasak dan pandai mengambil hati adik-adik iparku.  Ipar-iparku ini ada seramai tujuh orang . Lima lelaki, tiga perempuan termasuklah suamiku. Sekarang ini pada tahun 2013 anak lelaki ibu mertuaku sudah kahwin , hanya tinggal anak lelaki yang bongsu ....itu pun sudah bertunang.  Manakala yang perempuan , seorang sudah kahwin  tinggal dua lagi yang mencari calon. Semuanya sudah bekerja  berpangkat tinggi di dalam jawatan masing-masing. Hanya aku yang menjadi suri sepenuh masa. Begitu juga  dengan biras-biras aku semuanya bekerja. Sayangnya ibu mertua aku meninggal dunia ketika aku memiliki anak yang ke lima  baru berumur dua tahun.................
Sakit mertua aku, kami suami isteri  yang menjaganya siang dan malam selama dua tahun dari tahun 2003 hingga 2005. Adik-adik iparku yang menjaganya juga, tetapi sewaktu hari cuti kerana kalau hari biasa mereka bekerja. Mereka pun sayangkan ibu mereka tetapi apakan daya  pekerjaan menyusahkan mereka. Sebelum ibu mertua aku  jatuh sakit , kami tinggal berasingan  dengannya. Kami tinggal pun tidak jauh dari kawasan rumahnya. Kami telah pun tinggal di rumah sendiri iaitu di Taman Ixora Baru Lenggong. Sebelum itu kami tinggal menyewa di Bukit Kota Lenggong. Sewaktu ibu mertua aku sakit terus kami menetap di rumahnya agar senang  kami menjaga. Jujur aku katakan aku benar-benar ikhlas menjaga ibu mertua sebagaimana aku menjaga ibuku sendiri. Terima kasih adik-adik iparku  dan suamiku kerana memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap aku di dalam menguruskan  dan memenuhi tanggongjawab aku sebagai menantu........
Berak kencing sudah menjadi mainan harianku di dalam menjaga ibu mertuaku. Ibu mertua aku ini seorang yang sangat baik, sikapnya yang berterus terang. solat tidak pernah tinggal , jujur dan pandai di dalam mengurus hal anak-anak. Kalau dahulu aku lihat wajahnya yang garang tetapi disebalik wajahnya banyak mengandugi kebaikan " bak perpatah mengatakan tidak kenal maka  tidak cinta" Aku ingin jadikan dia sebagai idola pada diriku nanti.........apa yang aku lihat sikapnya ada di dalam hati suamiku . Suamiku seorang yang tegas dan garang  di dalam mendidik pelajarnya tetapi untuk diriku dan anak-anak dialah seorang penyayang  dan tidak pernah sedikit pun meninggikan suara atau tangankan anak-anak. Syurgalah dia" AMIN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan